Senarai Blog Saya

Khamis, 18 Mac 2010

Pengat pisang & candil

Bahan: A

6 biji pisang raja/lilin poton setebal 2 cm
1000 ml air
1 cht garam
1 batang jagung rebus di leraikan (jagung stok dlm frig lebih makan semalam)
1 cawan sagu rendang di siram dengan 2/3 cawan air
1 cawan gula pasir


Bahan B

1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
1/2 cht garam halus
1 cht perasa pandan

Bahan C

1 cawan susu cair

Cara:

1. Didihkan 1000 ml air.
2. Gaul bahan B hingga jadi doh lembut, cubit kecil2 dan masukan dalam air yang mendidih hingga habis.
3. Masukkan semua bahan a, kacau untuk mengelakkan ia bergentel. bila pisang dan tepung pulut timbul matikan api.
4. Tuangkan susu, kacau hingga rata, tambah gula jika kurang manis dan hidangkan.
* Jika suka susu boleh dituang semasa nak makan/ dihidang.

0 ulasan: