Senarai Blog Saya

Rabu, 24 Mac 2010

medsi

MALAYSIAN EDUCATORS SELECTION INVENTORY (MEdSI)

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga kerja mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berketrampilan sesuai dengan bidang-bidang yang diperlukan negara. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, pemilihan calon guru harus dibuat dengan lebih objektif berdasarkan ujian dan temu duga. Seperti yang diketahui umum, bukan semua individu sesuai untuk menjadi guru.

Berdasarkan matlamat di atas, satu instrumen telah digubal oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Instrumen MEdSI mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.

Kandungan Instrumen
Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu:

1. Personaliti
2. Minat Kerjaya
3. Nilai Integriti
4. Kecerdasan Emosi

Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan. Jawapan hendaklah dihitamkan dengan menggunakan pensel 2B. Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon.


Pelaksanaan
MEdSI dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan calon guru yang dipilih adalah sesuai dari segi personaliti, minat kerjaya, integriti dan kecerdasan emosi.

Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.

HAK CIPTA TERPELIHARA
Dokumen MEdSI adalah sulit dan terkawal. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

0 ulasan: