Senarai Blog Saya

Rabu, 4 Januari 2012

ubat bayi menangis

bayi anda sering menangis?

Pernah tak anda mengalami pada suatu malam tanpa sebarang kejadian secara tiba-tiba anak anda menangis. Pelbagai usaha anda lakukan. Mungkin di fikiran anak kecil itu mengalami perut kembung, gusi gatal (tumbuh gigi) ataupun ingin menyusu. Memang tidak dinafikan perut bayi boleh kembung disebabkan menangis dan pelbagai lagi. Namun apa yang tidak disedari adalah gangguan makhluk halus yang mungkin mengekori anda dari luar rumah mahupun yang menumpang di dalam rumah anda.
Info ini adalah petua dari pengamal perubatan islam serta beberapa pendapat ulama agama

Andai anda syak bahawa bayi anda ‘diganggu‘ oleh mahluk ini, janganlah marah, panik serta gelisah. Ikuti langkah berikut:

Andai diluar rumah, masuklah segera ke dalam rumah/kereta. Azankan ditelinga kanan bayi itu.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi dengan suara yang jelas sebanyak 3 kali dan diikuti dengan Surah Al-Fatihah dan 3 Qul dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Sebaik-baiknya si ibu yang membacakan ayat tersebut kerana ianya lebih afdal. InsyaAllah, dengan izin dari Allah S.W.T keadaan bayi anda akan kembali seperti biasa.
Kesimpulannya, apabila bayi menangis tanpa henti lama kelamaan boleh hilang kesabaran seseorang manusia dan itulah mainan syaitan durjana itu. Allah S.W.T itu Maha Berkuasa. Kita bermohon perlindungan dan rahmat dariNya.

tunggu ..teruskan membaca!!

Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..



ada kah matanya melilau melihat sekeliling
menangis yang tiada air mata,
menangis seolah seperti di cubit,
menangis dalam keadaan takut,
tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
Tidor di selang seli dengan tangisan
Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, berkemungkinan ada gangguan.



Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.



Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.



Kaedah :



Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini

Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wuduk pada bayi) ATAU
sumber rujukan dari kasturi stifa'

Ahad, 4 Disember 2011

MUHARAM

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


1. Doa akhir tahun:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."



2. Doa awal tahun:

dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.


3. Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam
Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa
penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi
menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya
selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.



4. Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1.Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam
pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga
hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya
pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4.Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
5. Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan
hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya
sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau
telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang
sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua
selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian
orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Ahad, 5 Disember 2010

lempeng dadar

petang nie teringing nak makan kuih ketayap/ lempeng dadar, abang kata kuih xbermaya..inti dah buat 3hari yg lalu.

bahan better

3 mangkok plastik dadih tepung gandum
3 mangkok plastik dadih air
1/2 cht garam
1 chamca sedang minyak masak
3 titis pewarna hijau

Cara
1. campurkan tepung dengan 2 mangkok air + garam+ minyak gaul rata dengan pemukul telur + baki air + pewarna jadikan beter x bergentel.
2. Panaskan kuali lenser dengan sedikit minyak
3. Masukkan sesenduk sedang better pusingkan kuali, golekkan supaya adunan tersebar bulat dan panaskan sengan api sederhana.
4. Biarkan garing sedikit dan bubut inti memanjang serta gulung perlahan dengan sudip dan angkat
*** Kalau x mau bubuh inti pun boleh, bila lempeng dah agak garing lipat 4 dengan sudip angkat makan dengan sambal.

Sabtu, 5 Jun 2010

kek lapis serawak

Assalamualaikum..


1. Tempahan Kek Lapis Sarawak kini dibuka..

2. Sesiapa yg berminat bolehlah calling/sms saya di talian 019-3180502.. dengan memberikan butir-butir seperti:
a) nama:
b) alamat:
c) no. telefon:
d) nama & jumlah kek:
e) jumlah bayaran :
f) masa/tarikh byran:

3. Kos penghantaran adalah RM7 untuk 500gm dengan menggunakan pos laju dan ditanggung oleh pembeli. Perkhidmatan lain-lain kurier (abx xpress, skynet dll) adalah bergantung kpd perminataan pembeli dan kosnya adalah bergantung kpd cas yg dikenakan oleh kurier tersebut berdasarkan berat & kawasan.Pos daftar tidak dibuat bagi mengekalkan kualiti dan mutu kek tersebut.

4. Belian lebih daripada 10 biji akan dihantar oleh saya sendiri meliputi kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Putrajaya & Cyberjaya, Kajang, Seremban, KL.

5. Deposit 50% bg sebiji kek diperlukan dan bakinya hendaklah dibayar sebelum penghantaran dibuat.


6. Pembayaran boleh dibuat di AKAUN MAYBANK : 112080512482 (FARANIZA ABDULLAH)


- KEK LAPIS BIASA -
Harga dari RM30 sebiji saiz 8" x 2.6" x 2.3" kini RM25
RM65 sebiji saiz 8" x 8" x 2.3"

a) Kek Lapis Kenyalang (pandan, strawberi)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


b) Kek Lapis Cheese (vanila, keju)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


c) Kek Lapis Coklat Almond (badam, coklat, pandan)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


d) Kek Lapis Coklat Cheese (coklat, keju)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


e) Kek Lapis Cindai (coklat, pandan)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


f) Kek Lapis Tembikai (pandan, tembikai)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


g) Kek Lapis Horlicks (horlicks, pandan)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


h) Kek Lapis Alunan Ombak (strawberi, coklat, horlicks)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


i) Kek Lapis Kopi (pandan, kopi)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


j) Kek Lapis Mutiara (pandan, coklat, biskut jari)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


k) Kek Lapis Puncak Kasih (coklat, pandan, strawberi)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


l) Kek Lapis 3 Rasa (coklat, vanila, strawberi)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.


m) Kek Lapis Masam Manis (pandan, asam haw flakes)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.


n) Kek Lapis Strawbery Prune
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.


o) Kek Lapis Cheese Ice Cream (keju, coklat, strawberi, keladi, pandan)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.



p) Kek Lapis Sutera Ungu (coklat, keladi)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.



q) Kek Lapis Batik Jasmin (coklat, pandan, strawberi)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


r) Kek Lapis Blueberry (blueberry, vanila)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


s) Kek Lapis Coklat Walnut (coklat, walnut)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


t) Kek Lapis Rempah (rempah, vanila)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


u) Kek Lapis Pudina (pudina, vanila)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


v) Kek Lapis Madu Belang (madu, coklat)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


w) Kek Lapis Evergreen (pandan, vanila)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


x) Lapis Coklat Putih
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


- KEK LAPIS BERCORAK -

Harga RM 45 sebiji saiz 9" x 3" x 2.3" kini RM 40
RM 100 sebiji saiz 9" x 9" x 2.3"

a) Kek Lapis Tikar Mengkuang

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


b) Kek Lapis Ketupat
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


c) Kek Lapis Melon

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.



d) Kek Lapis Pua Kumbu

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


e) Kek Lapis India (coklat cadburry)
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.


f) Kek Lapis Spider
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.


g) Kek Lapis Terabai
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x377.


h) Kek Lapis Panah Asmara
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.



i) Kel Lapis Lingkaran Buluh
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x376.


j) Kek Buah
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.



k) kek lapis sisik ikan


l) kek hati pari


belian 5 biji mana-mana kek lapis, PERCUMA swiss roll!!!!
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 801x377.


dapatkan kek lapis aneka warna & corak yg sedap lg menyelerakan..

Sabtu, 1 Mei 2010

Lain-Lain Khasiat Al-Fatihah. Antaranya :

1. Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

2. Sesiapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal.

3. Siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

4. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

7. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

8. Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

9. Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, lalu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.

10. Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

Untuk Hajat :
Baca Al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap selesai solat. Setiap kali baca, sampai
“ ia kanak budu wa i’ya kanas ta in”
(hanya kepada-Mu tempat aku meminta dan memohon pertolongan)
berhenti sekejap dan niat hajat dalam hati, sesudah itu teruskan bacaan.


Penawar Penyakit :
Untuk di buat penawar, baca Al-Fatihah pada sebekas air 7 kali selepas solat, buat minum dan sapukan di muka. Setiap kali air hendak habis, tambahkan air. Kalau boleh, jangan habiskan, tinggallah walaupun sedikit air di dalam bekas tersebut. Insyaallah jika di amalkan, segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan Allah S.W.T..


Menyembuhkan Penyakit Mata Yang Kabur (Rabun)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:-

1. Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
2.Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
3.Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang
pengasih penyayang."
4. Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
5. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".


Mengubati Sakit Gigi Dan Lain-Lain:

~ Untuk dirinya sendiri - letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan
berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-
Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

~ Mengubati penyakit gigi orang lain - selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan
doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".




Mengubati Sakit Disebabkan Oleh Sengatan Kala

Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.


Ikhtiar Menghilangkan Sifat Pelupa

Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.


*Nota :
Jika Dibenci Oleh Seseorang Melampau-Lampau Atau Tanpa Sebab Yang Nyata

Cuba sedekahkan Al-fatihah kepada orang itu. Insya-Allah, kebenciannya akan berkurangan atau hilang.

KEBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA AL ZAHRAA)

Surah Yassin adalah the heart of AL- Quran : Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang ( Setiap ayat didalam surah ini mengandungi hikmah, doa dan kekuatan tak terhingga jikalau diamalkan )

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal
oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan
mulut.
- Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok
selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus
sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang
segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang
Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman
akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
berpasang- pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum
berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa,
hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan
hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang
satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki
kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah
dalam hidup.
Ayat 45- 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang
Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan
ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
- Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan
urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada
Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan
tulang belulang padahal telah hancur?"
- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan
minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)
berturut-turut, Baca pada air [100x) dan berdoa apa sahaja hajat