Senarai Blog Saya

Ahad, 18 April 2010

ayat seribu dinar




Jadilah Golongan Ini..
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}
Hikmah Ayat 1000 dinar....


Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu

Sejarah

Ayat 2 dan 3 surah at-Tolaq atau lebih dikenali sebagai ayat 1000 dinar merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan kerezekian serta perlindungan diri. Ramai orang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Sesiapa yang berminat bolehlah mengamalkannya tetapi haruslah secara berterusan. Namun ayat ini ada kisahnya.

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi nabi Khaidhir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Sesuai seperti yang diperintahkan, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu nabi Khaidhir. Lalu nabi Khadhir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayarannya datang angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan nabi Khaidhir. Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin taufan yang melanda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Tolaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Khaidhir itu digelar ayat 1000 dinar.


Kekeliruan:

Ayat 1000 dinar adalah antara ayat yang mempunyai makna dan pengertian yang hebat. Ramai orang melayu menampalkan ayat ini di kedai-kedai makan mereka denga harapan dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan mereka. Malangnya ayat ini hanya ditampal tanpa difahami dan diteliti maksudnya. Apatah lagi untuk diamalkan. Malah jika ditanya sendiri pemilik kedai tentang ayat apakah itu? Mereka cuma menjawab..'Tak tahu, orang lain tampal,saya tampallah'. Sungguh memilukan. Sememangnya makna ayat ini menunjukkan sifat maha pemurah Allah SWT kepada hambanya. Tetapi kita perlu ingat, ayat ini untuk orang yang bertaqwa dan bertawakkal. Jika tiada sifat ini dalam jiwa manusia, kita akan jauh dari sifat maha pemurah Allah SWT. Justeru hanya dengan menampal ayat itu di kedai mahupun di rumah tanpa ada usaha untuk mengamalkan suruhan ayat ini amatlah merugikan. Signifikan kita menampal ayat sebegini di kedai atau dirumah adalah untuk mengingatkan kita dengan perintah Allah, tetapi kini menampal kalimah Allah di rumah dan di kedai hanyalah kerana kebiasaan dan hiasan..Maka amat rugilah kita.

Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:

1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Saranan:

Sebagai seorang yang sedang belajar, kita tidak lepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. Maka amat sesuailah pengamalan ayat ini dalam sebagai penguat semangat menghadapi segala ujian. Berdoa semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kekuatan dan jalan untuk menghadapi masalah dengan sabar dan tabah. Dalam kita membina sifat ketaqwaan, kita akan selalu diuji dan disitulah kita akan mendapat kekuatan untuk menghadapi hari mendatang dengan kekuatan yang Allah SWT berikan. Kita disarankan berusaha dan akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT sebagai langkah terakhir dalam amalan kita. Kerana hanya Allah SWT sahaja yang akan memperkenan segala amalan di muka bumi ini. Ini akan membendung sifat tidak puas hati, marah, kesal, geram dan benci selepas melakukan sesuatu amalan. Kit akan merasa tenang, gembira dan selesa dengan segala yang telah diusahakan walau apa jua hasilnya kerana kita percaya itulah yang Allah SWT kehendaki untuk kita. Kerana kebergantungan kita kepada Pencipta, kita akan faham sejauh mana kemampuan manusia itu dan terus berusaha untuk lebih berjaya di samping mengharap keredhaan Allah SWT dalam setiap amalan. Sifat pemurah Allah SWT tiada hadnya, sebagai manusia kita perlu sentiasa takut(khauf) dan berharap(roja') kepada Allah dalam setiap kelakuan di dunia ini. Semoga kita dilindungi Allah SWT daripada anasir-anasir kejahilan yang merosakkan kefahaman kita tentang konsep ketuhanan. Semoga Allah membantu saya untuk tidak hanya pandai berkata-kata. Tetapi melakukan apa yang telah dikatakan. Allah SWT akan menguji tentang apa yang telah kita perkatakan. Ya Allah...bantulah sekalian hambaMu...-Muazzin

Rujukan:
http://www.pasirmas.co.cc/hikmat-ayat-seribu-dinar/
darul nu'man

0 ulasan: