Senarai Blog Saya

Isnin, 19 April 2010

kumpulan selawat

>Bismillahirahmanirrahim
>
>Assalamualaikum wbt
>
>
>Beberapa selawat dan kelebihannya
>---------------------------------------------------
>
>1. Selawat "Munjiyat"
>
>Munjiyat bererti penyelamat. Selawat ini jika diamalkan dengan banyak
>membacanya maka ia akan menyelamatkan dari segala sesuatu yang tidak
>diinginkan bahkan dengan banyak membaca selawat ini InsyaAllah akan
>mendatangkan segala hajat yang diinginkan. Bagi orang yang mempunyai hajat
>yang sangat penting dan ingin segera dikabulkan oleh Allah SWT maka selawat
>ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.
>
>Bacaannya bemaksud:-
>
>"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
>yang dengan rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kami dari semua keadaan
>yang mendebarkan dan dari semua cubaan. Dengan rahmat itu Engkau datangkan
>kepada kami semua hajat. Yang dengan rahmat itu Engkau bersihkan kami dari
>semua keburukan dan kesalahan. Yang dengan rahmat itu Engkau angkat kami
>kepada derajat yang tinggi. Yang dengan rahmat itu Engkau sampaikan kami
>kepada maksud yang paling sempurna dari semua kebajikan semasa hidup dan
>sesudah mati".
>
>
>
>2. Selawat "Nariyah atau Tafrijiyyah"
>
>Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka
>sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan
>kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar
>kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan
>sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat
>fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau
>kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan
>atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah
>dibaca sehingga 4,444 kali.
>Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap
>selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak
>putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi dan kata
>Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44
>kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan
>dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang
>sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab
>terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya
>kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian
>serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman
>mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan
>salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata
>dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang
>menguasai seluruh alam".
>
>
>
>3. Selawat "Syifaa"
>
>Syifaa ertinya penyembuh. Selawat ini jika diamalkan secara Istiqamah
>setiap hari boleh menjadikan badan sihat dan sejahtera. Dijauhkan dari
>segala macam penyakit dengan izin Allah SWT dan diterangkan hatinya.
>Sebaiknya selawat ini dibaca selepas sembahyang fardhu menurut kemampuan
>seseorang dengan bilangan yang tetap.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang
>menjadi penawar semua hati dan ubatnya, yang menjadi kesihatan semua badan
>dan kesejahteraannya, yang menjadi cahaya semua hati dan kemilaunya dan
>menjadi kekuatan semua badan dan makanannya. (Dan semuga rahmat melimpah
>pula) kepada segenap keluarga dan sahabat baginda serta beroleh
>keselamatan".
>
>
>
>4. Selawat "Li Tausii'il Arzaaq"
>
>Selawat ini akan melapangkan rezeki seseorang yang mengamalkannya.
>Hendaklah ia dibaca setiap hari selesai sembahyang seberapa banyak yang
>mampu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan rezeki dengan lancar dan berkat dan
>dijauhkan dari malapetaka yang merugikan.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang
>dengan rahmat itu maka akan melapangkan semua rezeki kepada kami dan dengan
>rahmat itu pula akan membuat bagusnya akhlak pada kami. Dan semuga Allah
>melimpahkan rahmat kepada keluarga baginda serta sahabat baginda dan
>beroleh kesejahteraan".
>
>
>
>5. Selawat "Fatih"
>
>Selawat ini dibaca bagi memohon hajat yang sudah lama terpendam.
>Sebaik-baiknya dibaca sebanyak 100 kali sehari.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>"Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa
>yang tertutup dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran
>dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalan Engkau yang lurus dan di atas
>ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi
>agung".
>
>
>
>6. Selawat "Ibrahimiyah"
>
>Berkata sesetengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah
>dia akan bertemu dengan Nabi SAW di dalam tidurnya dan nabi SAW bersabda:
>"Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari
>kiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya".
>Lafaz selawat ini sebaik-baiknya, selengkap-lengkapnya dan dengan
>kesempurnaan lafaz ke atas junjungan Nabi SAW sebab selawat ini ditentukan
>bacaannya di dalam sembahyang.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>"Ya Allah rahmatkan ke atas Nabi Muhammad SAW dan di atas keluarga Nabi
>Muhammad SAW sebagaimana Engkau rahmatkan ke atas Nabi Ibrahim a.s dan di
>atas keluarga nabi Ibrahim a.s dan berkatilah ke atas Nabi Muhammad SAW
>dan keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim a.s dan
>keluarganya ke seluruh alam. Sesungguhnya Engkau terpuji lagi Mulia".
>
>
>
>7. Selawat "Nur"
>
>Hikmah dari membaca selawat ini ialah menerangkan hati dapat menyingkap
>rahsia-rahsia ilmu dan mengubati bisa-bisa dan pembuka rezeki. Selawat ini
>hendaklah dibaca setiap hari 100 kali atau 92 kali.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>" Ya Allah SWT Limpahkanlah rahmat ke atas segala cahaya, pembuka segala
>rahsia, penawar segala penyakit, anak kunci segala kesulitan, penghulu kami
>Nabi pilihan dan segala keluarga kesucian dan para sahabat pilihan
>berbilang-bilang nikmat Allah SWT dan kelebihannya".
>
>
>
>8. Selawat "Futuh"
>
>Selawat ini khas untuk memohon rezeki. Hendaklah diamalkan setiap hari 113
>kali atau 114 kali.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>" Ya Allah rahmat dan sejahterakan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW
>dan ke atas keluarganya dengan bilangan sebanyak rezeki dan apa-apa yang
>dibuka. Ya Allah! yang membuka rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki dengan
>tiada diduga, bukalah ke atas kami rezeki yang luas daripada setiap penjuru
>dan daripada gedung ghaibMu dengan tiada mengharapkan makhluk dengan
>sebenar kurniaanMu dan kemuliaanMu dengan berkat rahmatMu wahai yang
>penyayang dari segala yang sayang".
>
>
>
>9. Selawat "Sir"
>
>Sesiapa yang beramal dengan selawat ini diterangkan mata hatinya dan akal
>fikirannya. Hendaklah dibaca setiap selepas solat fardhu sebanyak 25 kali.
>
>Bacaannya bermaksud:-
>
>Ya Allah! Limpahkan rahmatMu dan sejahterakan olehMu dan berkatilah olehMu
>ke atas penghulu kami dan pelindung kami Nabi Muhammad SAW pembawa cahaya
>awal dan rahsia yang terpendam pada sekalian nama-nama dan sifat-sifat".
>
>
>Sekadar renungan bersama:
>
>Kalimah 'as-salamulaika aiyuhan Nabiyu' di dalam tasyahhud mengandungi
>pengajaran yang jelas bahawa bukan sahaja seseorang yang mendirikan solat
>itu mesti ingat kepada Allah SWT dan merasai hampir dengannya tetapi juga
>harus mengingati Muhammad rasul-Nya. Dengan mengucapkan doa yang
>bermaksud:"Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Nabi", sudah jelas dengan
>istilah "kamu wahai nabi" itu memperlihatkan begitu dekatnya ummat yang
>mendirikan solat itu dengan Rasulullah SAW. Al-Imam Ghazali menyatakan
>bahawa sebelum seseorang itu mengucapkan kalimah "as-salamualaika"
>hendaklah ia menghadirkan nabi SAW itu di dalam hatinya.
>Di dalam ilmu psikologi disebut sebagai 'tajrid' yang bererti seseorang itu
>hendaklah mengosongkan di dalam hatinya dari segala sesuatu bagi memberi
>ruang untuk mengingati sesuatu yang lebih penting. Walaupun Nabi SAW
>bersemadi di Madinah dengan jarak jauh lebih kurang 4,000 km namun itu
>tidak menjadi halangan untuk seseorang itu merasa hampir dengan Nabi.
>Bacaan tasyahhud akhir merupakan bacaan yang termasuk di dalam rukun solat
>maka apabila Allah SWT meletakkan kalimah "as-salamualaika aiyyuhan Nabiyu'
>di dalamnya ini bermakna ia bukan sahaja wajib disebut atau dibaca tetapi
>juga perlu dihayati sepenuhnya menurut makna kalimah yang sebenarnya.
>Ucapan :'Selamat sejahtera ke atas engkau' merupakan ucapan seolah-olah
>berdepan. Tidak bererti penggunaan perkataan 'alaika' yang bermaksud 'ke
>atas kamu' jika tidak dirasai bahawa orang yang menerima ucapan itu sedang
>berada hampir dengannya.
>Ucapan 'selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi' itu juga menggambarkan
>ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada nabi, kerana nabi SAW telah
>menyumbangkan begitu besar jasanya kepada umat manusia dan juga seluruh
>alam ini. Terima kasih kerana Nabi SAW telah membawa obor hidayah ketika
>manusia meraba-raba di dalam kesesatan jahiliyah. Melaluinya manusia dapat
>menerima ajaran wahyu Allah yang dengannya pasti dapat menyelamatkan
>manusia daripada segala kesengsaraan di dunia mahupun di akhirat.
>Walaupun manusia boleh mengucapkan selawat sebanyak-banyaknya kepada Nabi
>di luar solat tetapi Allah mengkehendaki manusia mengucapkannya di dalam
>solat sebagai suatu cara supaya ummah tahu mengenang jasa yang dibawa oleh
>Rasul-Nya dengan berselawat ini ia dapat merasai keakraban antara ummah dan
>Rasul yang menjadi kesayangannya.
>Oleh itu untuk seseorang merasa lazat di dalam solatnya maka hendaklah ia
>bersunguh-sungguh setiap kali ia mengucapkan selawat ke atas nabi SAW maka
>ia tidak syak bahawa Nabi mendengar dan serentak dengan itu Baginda
>menjawabnya. Alangkah bahagianya seseorang itu jika ia tahu bahawa ucapan
>selawatnya ke atas Nabi SAW telah dijawab dengan baik. Seseorang yang
>sangat menyayangi Nabi maka ia akan sentiasa rindu untuk sering bertemu
>dengannya kerana itu ia akan sering melakukan solat sunat setelah ia
>menunaikan solat yang fadhu. Selawat ke atas Nabi SAW juga merupakan ciri
>ketaatan kepada Allah SWT kerana Allah SWT yang menganjurkan demikian. di
>dalam suatu hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
>"Barangsiapa yang berselawat ke atasku satu kali maka Allah SWT pula akan
>berselawat ke atasnya sepuluh kali ganda"
>Apabila Allah SWT berselawat ke atas orang yang berselawat ke atas Nabi
>maka bererti ia telah mendapat penghargaan yang setingi-tingginya dari
>Allah SWT ini bermakna orang tersebut ada harga di sisi Allah. Oleh yang
>demikian sayugialah seseorang itu sentiasa bibirnya itu digerakkan oleh
>lafaz atau selawat ke atas Nabi kerana ia amat besar ertinya bagi seorang
>hamba yang bercita-cita untuk sentiasa mendampingi Allah dan Rasul-Nya.
>
>
>Wassalam.

0 ulasan: