Senarai Blog Saya

Rabu, 20 Januari 2010

donat kentang

donat-kentang.jpg

lagi pengen makan donat kentang niy..mo beli udah biasa, mending nyoba bikin sendiri aja deh, sekalian nambah ilmu juga, lagian hasilnya kan juga dapet lebih banyak..nyam…nyam…nyam…nyam.. :)

Bahan:
500 gr tepung terigu protein tinggi
50 gr susu bubuk
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula psir
75 gr mentega
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin

Cara membuatnya:

  1. Dalam wadah, campur tepung terigu, gula, susu bubuk, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uleni hingga rata dan setengah kalis.
  2. Beri mentega dan garam, uleni terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
  3. Bagi adonan, masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  4. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  5. Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat

ohya ada juga niy tips sukses membuat donat kentang :

1. Siapkan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yg boleh ketinggalan satupun, meski garam sekalipun.

2. Ingat aturan bikin roti, ragi gak boleh ketemu garam dan atau mentega ya. Nanti raginya mati, gak mau mengembangkan adonan. Garam dan mentega masuknya setelah adonan setengah kalis.

3. Haluskan kentang sampai benar-benar halus, kalau perlu pake blender, supaya adonan bisa licin dan gak gradakan :)

4. Setelah Halus Dinginkan kentang sebelum dibuat Donat. Terus kalau tidak dalam keadaan dingiiiinnn…waaa.., raginya langsung mati deh.

5. Buat adonan hingga kalis elastis, ikuti step by step pada resep, hingga ketika dibulatkan permukaannya halus licin. Bulatan yang halus dan licin akan membentuk donat yang bulat cantik ketika digoreng/merekah.

6. Istirahatkan adonan lk. 20 s/d 30 menit (tergantung cuaca), tutup dengan plastik spy permukaannya tidak kering.

7. Lubangi bagian tengahnya menggunakan sumpit, buat gerakan memutar pada lubang donat ketika donat mulai digoreng dan merekah, agar bentuknya membundar cantik. Gerakan memutar (sentrifugal) akan membantu terbentuknya donat yang bundar.

8. goreng dengan panas sedang (supaya donat matang sempurna sampai kebagian dalam) Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik, teruskan menggoreng sampai kedua sisi coklat. Angkat. Tiriskan.

Ahad, 17 Januari 2010

lama x buat kuih nie, singgah kat blog en mat jumpe plak 2...... alhamdullilah, memang sedap, lembut dan sedang manisnye... tq en mat, halalkan sye c&p ye......

KUIH BAKAR

Kuih Bakar
Salam untuk semua, dah beberapa hari teragak nak makan kuih bakar. Bukan tak boleh beli, tapi saja je nak buat, lagi pun nak membuatnya bukan lah payah bebeno, kata mamafami sepatah "masuk semua sekali then putaq, peh tu bakar!"..tu dia pakar yang cakap, bukan mat...hehehe. Rasanya dah pernah buat dulu, resipi dari "Jo'....rindu lah nak menjelajah blog dia (laa ni dia dah berehat dari ber"blog").... Rasanya tak manis sangat, kuih dia pun just nice tak keras dan tak terlalu lembut (pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong!!!). Bijan atas dia tu lagi lah menambah keharuman dan ke"lemak"kan kuih bakar....Jomm ramai2 kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
  3. Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
  4. Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Lepas mat bakar dalam 55 minit, permukaan kuih masih kurang perang, walau pun sudah kekuningan. Apa mat buat, ialah tukar api oven kepada fungsi grill dan bakar 10 minit lagi (bagi yang mempunyai oven fungsi grill). Kuih ni kan kalau berkerak lagi sedap..... Selamat mencuba!!!

Sabtu, 16 Januari 2010

kaswi

teringat 3 taun lalu selalu bli kaswi lembut & bergetar kat sri medan, bila jumpa kaswi rinn terus cuba, memang lembut dan sedap, rinn. tq sangat2, cuma akak ganti choc paste ngan 2 chb kicap.... sedap, rinn leh cuba pulak ye..... malah mk aji kantin sek dulu pernah citer klau gula merah abis leh guna kicap ngan gula pasir aje......ok akak c&p ye rinn........

Kali ni Rinn tak main sukat-sukat tapi telah mencuba resepi kaswi dari
resipidiana. Ianya adalah resipi sumbangan Sis Blackmore. Jom kita tengok....




KUIH KASWI/ KUIH LOMPANG
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahan :
1 cawan gula (Rinn guna 3/4 cawan)
1 ketul besar gula melaka ( Rinn guna 1 cawan gula merah)
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (Rinn guna 1 camca)
* Menurut Sis Blackmore ianya utk memberi brown effect yg lebih.
Daun pandan
Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak makan
Kelapa parut + garam

Cara-cara :
1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan.
2. Ayak semua tepung.
3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
4. Masukkan air kapur.
5. Masukkan coklat paste.
* Mulanya agak gusar, dikhuatiri akan merosakkan bau original kuih kaswi/lompang ini. Tapi sebab ingin tahu juga hasilnya Rinn bubuh juga 1 camca teh choc paste.
6. Tapis air gula ke dalam tepung.
7. Gaul rata.
8. Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
9. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
10. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
11. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
12. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
14. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.

Hasilnya memang seperti yang dijangka, elok lembutnya. Walaupun lembut dan ada sikit "goyang-goyang" Tapi tidak melekat di jari. Yang dikukus dalam acuan lompang memang tujuan utama tapi di sebalik itu Rinn masih lebih enjoy makan kuih kaswi dalam bentuk yang begini....



Lumur banyak-banyak dengan kelapa parut yang agak muda..Hmmmmm..sedapnyaaaaaaaaa..

Bingka

ari nie teruja tengok resepi dari dapurku berasap bingka durian, nampak lembut dan sedap aje so akak copy N paste aje utk dibuat nanti ble ada stok durian, halalkan ye dik.

BAHAN-BAHAN BINGKA DURIAN
3 biji telur
1 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula halus (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
1 gelas durian
3 gelas santan
satu sudu kecil pandan paste


CARA-CARA MEMBUATNYA

  • mentega dipukul bersama gula dan telur
  • bila sudah sebati masukkan durian, santan dan tepung
  • masukkan juga pandan paste
  • Gaul sebati
  • bakar dalam ketuhar 120-150c
  • selama lebih kurang 40 minit..
  • siap untuk dihidangkan







santan warna hijau sebab saya blenderkan bersama daun pandan..

Khamis, 24 Disember 2009

Tahniah kepada pentadbir, guru-guru, pelajar dan warga SMKDS yang telah menunjukkan komitmen yg tinggi kepada kejayaan pelajar. Syabas kepada 7 pelajar yg dpt 8A suhada, hamizan, arabiah, azmeer, nurain, ikmal dan azizah, yg dapat 7A, 6A dan 5A. Bagi yang kurang cemerlang, jangan putus asa perjalanan anda masih jauh lagi, berusahalah pasti anda akan berjaya. SPM (sijil paling mustahak) menanti anda- rebutlah peluang anda juga berpeluang untuk lebih cemerlang sekiranya anda merancang dan berdisiplin.

Sabtu, 13 Jun 2009

Rujukan anda

Sekali gagal bukan bermakna anda gagal selamanya. Anda perlu bangkit membina azam baru serta berusaha menebus kegagalan........ bagaimana? sila hubungi kaunselor anda untuk maklumat lanjut.

Pengalaman seorang kaunselor

Sebagai seorang kaunselor saya melihat setiap individu dapat di gilap untuk menjadi insan cemerlang dan kamil bergantung kepada kesabaran, keperihatinan dan keikhlasan pembimbingnya. Kesabaran dan doa adalah kunci yang paling penting mengubah peribadi seorang insan untuk menempa kejayaan kerana perubahan yang belaku bukan sekelip mata tetapi memakan masa bertahun tahun atau bepuluh tahun.