Senarai Blog Saya

Khamis, 18 Mac 2010

hari raya, keluarga & hari lahir PPD


Sambutan Hari Raya, Hari keluarga, Hari Lahir dan persaraan warga PPD diadakan serentak pada tahun 2009.

jk puspanita 2009 & aktiviti

JAWATANKUASA PUSPANITA PENDIDIKAN DARAH BATU PAHAT 2008/2009


show details 5/22/09

PENGERUSI - PN. HJH.HAMIDAH BT. HJ.EKHSAN
TIMB.PENGERUSI - PN. HJH.MAZNAH BT. DAMIRI
SETIAUSAHA - PN. KARTINA BT. ALI
PEN. SETIAUSAHA - PN. HJH.NORMAH BT. JEMAAT
BENDAHARI 1 - PN. HJH.JAMALIAH BT. AHMAD
BENDAHARI 2 - CIK WANDALILAH BT. ABD.WAHAB

AHLI JAWATANKUASA:

1. PN. EVA BT. ABDULLAH
2. PN. NIKMAH BT. DAUD
3. PN. HJH.REMI BT. KARDI
4. PN. HJH.NORSIAH BT. MASHOD
5. PN. ROHANA BT. ISMAIL
7. PN. HJH.HALIJAH BT. AHMAD
8. PN. KAMARIAH BT. SUKAR
9. PN. SITI RUZINA BT. SARON
10. PN. MASITA BT. MAHADI
11. PN. SITI HAWA BT. YAHYA
12. PN. NORHANA BT. JORI


AKTIVITI PUSPANITA TAHUN 2008/2009:

1. MESYUARAT PUSPANITA(ISTERI-ISTERI KS/PPD SEMPENA MESYUARAT KS/PPD 3/2008) - 18.12.2008
2. LAWATAN KE KILANG MAKJUN PAK TANI & GOAT FARMING - 18.12.2008
3. LAWATAN KE KILANG STOKIN & KILANG FAIZA - 19.12.2008
4. CERAMAH KESIHATAN - 19.12.2008
5. RAWATAN KECANTIKAN 'FACIAL" NUTRIMETIC - 19.12.2008
6. GOLF PUSPANITA NEGERI JOHOR - 02.01.2009


- TINA-

khasiat Buah Pisang

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.
Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

1. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang
digabungkan dengan gentian.Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar
segera dan berterusan.

2. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup
tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan
buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga
amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit,menjadikannya amat
sesuai dalam pemakanan kita seharian.

3. Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap
pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih
selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu
sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang
menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan
kita berasa gembira.

4. PMS:
Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang
boleh mengembalikan mood anda. walaubagaimanapun pemeriksaan doktor berkala adalah
penting untuk mengetahui tahap kesihatan kita.


5. Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
anemia.

6. Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam
rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

7. Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa
peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat,
dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar
potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan
pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

8. Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu
menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

9. Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat
minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan
dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang
berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem
hidrasi semula anda.

10. Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika
anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan
yang baik.

11. Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar
gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

12. Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas
gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya
mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

13. Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu
menenangkan sistem saraf anda.

14. Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi
pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek.
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit
obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan
mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar
yang stabil. Makanlah pisang.

15. Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan
tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral
lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
lapisan dinding perut kita.

16. Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu
kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai
contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang
dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

17. Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini
kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

18. Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6,
B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu
tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

19. Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan
jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air
dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan
kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan
snek pisang yang tinggi potassium.

20. Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian
akibat strok sebanyak 40%!

21.Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk
menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut,
kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah
dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan
plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin,
2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan
salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

22. ingin
kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus
kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Rabu, 17 Mac 2010

kasih suami

Subject: Untuk Isteri tersayang



Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu.

Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Pontian,Johor pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.

Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini

dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.

Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

terjawabkah soalan ini ibu?

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?




Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....

KEK BUAH

Kak, sui dah kepetuk, opo kabare, mudah2an waras yo, t.kasih resepi kuihe seng enak ki....mudah2an dhadhi ngamale kaka sekeluarga...

Sumber KAK SALMAH KANTIN SMK SERI MEDAN

A 6 Biji telur
B 250 gm buttercup
C 3 cwn paras t gandum
D I chw air gula hangus
E buah campuran + tepung
F 2 cht bikarbonat soda
G 1/2 cht krim of tartar

Cara membuatnya
1 pukul buttercup hingga kembang masuk telur yang telah dipukul sikit-sikit
2 tepung + krim of tatar + bikarbonat soda + 1
3 masukan gula hangus dengan cepat + buah-buahan masuk dalam acuan
4 bungkus acuan dengan plastik econsave dan kukus 1 jam

adunan asas kuih talam/bakar

kuih kukus/kuih bakar Kak Hjh Haminah
Share
Thursday, 28 January 2010 at 21:42 | Edit note | Delete
Kak jauhnya kakak kat Nilai, lama dah x jupe kakak. kalau lily jumpa fb sye tunjuk kat mak ye li.... tq kakak bg asas wat kuih ni... mmg best dan sedaplah..buatnye pun senang.

KUIH KUKUS/ BAKAR

A 3 Cawan mumbung tepung gandum
B 3 biji telur
C 2 cwn santan
D 4,5 cawan air
E 1/2 cawan minyak
F 1,5 cawan gula
G pewarna/ air pandan
H bijan
I Garam

Cara membuatnya
1 campur semua bahan kisar hingga tidak bergentel
2 Lenser loyang masukan adunan kuih tabur bijan jika suka bakar 160 darjah celcius
selama 1 jam