Senarai Blog Saya

Rabu, 4 Januari 2012

ubat bayi menangis

bayi anda sering menangis?

Pernah tak anda mengalami pada suatu malam tanpa sebarang kejadian secara tiba-tiba anak anda menangis. Pelbagai usaha anda lakukan. Mungkin di fikiran anak kecil itu mengalami perut kembung, gusi gatal (tumbuh gigi) ataupun ingin menyusu. Memang tidak dinafikan perut bayi boleh kembung disebabkan menangis dan pelbagai lagi. Namun apa yang tidak disedari adalah gangguan makhluk halus yang mungkin mengekori anda dari luar rumah mahupun yang menumpang di dalam rumah anda.
Info ini adalah petua dari pengamal perubatan islam serta beberapa pendapat ulama agama

Andai anda syak bahawa bayi anda ‘diganggu‘ oleh mahluk ini, janganlah marah, panik serta gelisah. Ikuti langkah berikut:

Andai diluar rumah, masuklah segera ke dalam rumah/kereta. Azankan ditelinga kanan bayi itu.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi dengan suara yang jelas sebanyak 3 kali dan diikuti dengan Surah Al-Fatihah dan 3 Qul dan bertawakal kepada Allah S.W.T. Sebaik-baiknya si ibu yang membacakan ayat tersebut kerana ianya lebih afdal. InsyaAllah, dengan izin dari Allah S.W.T keadaan bayi anda akan kembali seperti biasa.
Kesimpulannya, apabila bayi menangis tanpa henti lama kelamaan boleh hilang kesabaran seseorang manusia dan itulah mainan syaitan durjana itu. Allah S.W.T itu Maha Berkuasa. Kita bermohon perlindungan dan rahmat dariNya.

tunggu ..teruskan membaca!!

Antara langkah-langkah yang boleh di lihat sekiranya ada gangguan atau tidak ialah dengan melihat pada anak itu tadi..



ada kah matanya melilau melihat sekeliling
menangis yang tiada air mata,
menangis seolah seperti di cubit,
menangis dalam keadaan takut,
tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
Tidor di selang seli dengan tangisan
Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas, berkemungkinan ada gangguan.



Bagi ibu bapa yang mengalami situasi ini pertama-tama kali sabar dan jangan panik..kebiasaan ada sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah ini, mereka akan menjadi lebih baran / pemarah ada juga yang tiba-tiba mengantuk. Jadi tingkatkan kesabaran.



Apa lah gunanya sekiranya kita ibubapa tetiba marah pada anak/bayi yang masih kecil atas sebab menangis yang tak bersebab. Bagi saya bayi yang tiada gangguan mereka hanya tidur dan mahukan susu..menagis pun atas sebab sakit, kebiasaan perut kembung. Lain pada tu pasti ada gangguan.



Kaedah :



Apa yang kita boleh buat bila mengalami situasi ini

Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Kalau tak dapat buat atas sebab kelam kabut, panik..minta pasangan anda pegang dan tenangkan bayi..anda bacakan pada air ayat-ayat tadi..dan sapulah pada bayi (lakukan seperti ambil wuduk pada bayi) ATAU
sumber rujukan dari kasturi stifa'