Ari ni pegi yassim umah kak Sam, dah lama x jumpa kwn2 jemaah yassin Sri Taman so buatla kaswi Cik Yah ni sbg buah tangan sambil practice supaya x lupa resepi
bahan a
2.5 cawan rata tepung gandum,
0.5 cawan tepung ubi
1.5 cawan air
0.5 cawan air kapur sederhana pekat / 1chb kapur masak
bahan b
1 cawan rata gula merah
0.5 cawan gula pasir
3.5 cawan air
1 cht garam
Cara
1. Panaskan loyang yg telah disapu minyak dalam pengukus
2. Didihkan bahan b dan kecilkan api
3. Bancuh bahan a dan blend hingga halus
4. Tuang bahan b yang telah mendidih dalam blender yang sedang berputar hingga pekat
5. tuang adunan dalam loyang dan kukus ~ 30 minit atau hingga kembang
6. Sejukkan baru potong dan makan dengan kelapa yang di campur dengan sedikit garam
Ahad, 24 Januari 2010
kaswi cik Yah
Khamis, 21 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)